MY UITM CONVOCATION JOURNEY: ISTIADAT KONVOKESYEN UITM KE 91

December 04, 2019

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Setelah bertahun-tahun berhempas pulas buat Master akhirnya thesis aku siap juga. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan bagi mempermudahkan segala urusanku.
Pada tanggal 11 Julai 2019 UiTM telah menghantar mesej untuk aku SEMAK & SAH maklumat peribadi sebelum 24/07/2019. Aku tak sedar pun ada mesej dari UiTM sebabnya zaman sekarang mana ada orang tengok mesej. Mostly method of communication through whatsapp. Haha! Mesej dia mcmni.
Jadinya aku pun tekan la link yang telah diberikan dan keluarlah website konvo UiTM seperti berikut: 
Selepas aku sahkan maklumat peribadi, aku pun tunggu maklumat seterusnya dari UiTM. 
1) Bayaran yuran untuk Konvo UiTM: Boleh tahan jugak Rm210 utk Master dan bayar di BANK ISLAM. Money Money Money 💸 
2) Kajian Pengesanan Graduan
Kajian Pengesanan Graduan ni korang kena buat dahulu baru boleh ambil jubah
3) Waktu ambil jubah
Ambil di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Baru tahu dalam sebesar-besar dewan rupanya Bilik Jubah dalam bangunan DATC tu. Beginilah rupa bilik jubah tu

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e2DwQgMtM7n05zNpReeBHTn_5qWYj1nE


Dan waktu pulang jubah, korang akan terus dapat Transcrip dan Sijil UiTM korang dekat kaunter skirting putih tu. 
Oh ye! sbb aku lewat pulang jubah aku kena denda dan kaunter Bendahari pun ada di depan bilik jubah tu. 
4) Tiba lah hari Konvokesyen. Oleh sebab semua graduan dikehendaki beratur pada pukul 7.30pagi. Ofcoz la aku tak sempat makan hahahaa! 
Sebenarnya tak sempat makan is not the worst part! Since aku bergerak dengan husband menggunakan kereta lain dan my parents menggunakan kereta lain. Aku tak dapat jumpa my parents before my convocation. Itu worst! 
Kalau ikut planning, konon-kononnya lahhh nak jumpa parents dulu salam-salam before aku beratur tapi itu tidak berlaku. huk huk hukkk hahaha! 
5) Keadaan di DATC seriously sangat ramai. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Ayah aku berkerusi roda dapat duduk bahagian bawah bersama ibu aku dan my husband duduk kat atas. 
Before have any speculation. Yes aku dapat extra card sebab we need someone who can carry my father into the hall. Thanks to my dear husband and UiTM. 
Aku pulak masa hari kejadian dapat duduk TEPI SEKALI. Senang lah nak melepaskan hajat jika ada keperluan heheheee

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1cn2Syihhi1hmJ4dBqKKAMzn8uGL1ULPdhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1lu78gaC1eNDsT9dpnc72YHyc361Wa9BRhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1jDYoUQiRQVMNYYG7F5HIpKn5YX4oqolKhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1014vMuWWVk0Qn-fTu9Q8kBEg3cshGpk9https://drive.google.com/uc?export=view&id=1RS1o88XitTmW2ytJErEE0ZPN_BxS7utMhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1fPJHoU7F2QFh7IQLgO39knIz0gXO9WLV





6) Gambar aku ada dalam Media Rasmi UiTM (secara tidak sengaja) 
Ingat tak yang aku beritahu yang aku tak sempat jumpa my parents before masuk baris? so lepas nama aku dipanggil ambil scroll. Aku pun turun pentas dan terus nak ke tempat duduk asal. 
On the way nak ke tempat asal, aku terjumpa parents aku dan aku salam lah parents aku (i think it is normal when you jumpa your parents, that is the first thing you will do) 
Dan muncullah gambar ini 👇🏻
-gambar dipadam atas dasar privasi- #UpdateDec2019

LOL! hahahaaaaa! Aku pun tak tau la macam mana UiTM photographer boleh terambil my picture ni. Turn out several of my friends tag me on FB and share it ! Thank you UiTM for this precious moment. 
"Good manners are ageless, pricesless and classless" 
Indeed. Sebenarnya apa yang kita dapat masa Konvo adalah sehelai kertas sahaja. Tapi pembelajaran dan pengajaran masa universiti lah yang akan membawa fikiran dan manners kita ke suatu level yang berbeza dari orang lain. Level lebih tinggi atau rendah tu determine sendiri sebabnya manusia adalah makhluk seni yang berbeza satu sama lain. 
Agaknya best ke sambung master ni? Nanti aku akan share tips sambung master untuk yang bekerjaya. Okay bye! 

You Might Also Like

1 Comments

  1. Cover yang keras, yang dalam ade skroll tu, memang dapat sekali ye? UITM bagi..

    ReplyDelete