BERAPA GAJI PTD M41?

December 04, 2019

Assalamualaikum WBT


Posting sebelum ini: Bagaimana nak kerja kerajaan (KLIK)

Wah sensitif betul tajuk blog aku harini ye! Saban hari aku menerima soalan mengenai gaji PTD M41 oleh kawan-kawan aku yang tengah consider kerja ni. 

Kebanyakan yang bertanya tentulah daripada mereka yang hebat-hebat terutamanya dari bidang oil and gas(PETRONAS/SHELL), syarikat-syarikat kontraktor kelas A dan sebagainya. Yang bertanya ni pun gaji dah Rm6-7k sebulan. Selalunya untuk kes-kes begini adalah mereka yang ada sebab tersendiri kenapa memilih untuk berkhidmat kepada kerajaan setelah sekian lama membanting tulang di sektor swasta. Ada sebab 'rasa' dia boleh ada masa dengan keluarga (apa dia ingat PTD ni banyakkk masa dgn family? LOL sgt) dan paling standard adalah mereka yang perlukan benefit kerja kerajaan seperti security, loan, healthcare dan sebagainya. 

Mengenai gaji, aku pun sebenarnya tak tau berapa gaji starting PTD M41 sebab time aku masuk service rasa 'mcm SIKIT' je. haha! jadinya aku pun buat la research sedikit di laman sesawang SPA 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1y-NzGE6cw7KO2Y37Oluvpjkr9GM2ig-s

Okay guys, jadinya ini adalah statement dalam SPA yang aku screenshot. 

✅ Kalau korang ada DEGREE. 
Gaji korang start Rm2,422.00 
Elaun Rm900
Total Rm3,322.00

Kenaikan Rm225/year
Contohlah korang start jadi PTD tahun 2020
Gaji 2020: Rm3,322.00 
Gaji 2021: Rm3,547.00
Gaji 2022: Rm3,772.00
Gaji 2023: Rm3,997.00
Gaji 2024: Rm4,222.00 (tapi biasanya kalau perform tahun ke 4/5 dah naik pangkat dah M44 dah) 

Disclaimer: Depands on polisi semasa kerajaan. Masa zaman Royal Blue PM selalu announce naik 1 tangga gaji. hahahaa! Kalau PM tak announce takdelah naiknya 😝😝😝 sepanjang aku service M41 ni dalam 2 kali jugak effect PM announce naik 1 tangga gaji. LOL.  So yang aku explain kat atas ni kalau gaji PTD yang takde apa-apa announcement dari PM. so doa byk lah yer 

So ni untuk yang starting DEGREE. Kalau starting MASTER/PHD lagi tinggi. 

Kesimpulannya, kebanyakan yang aku jumpa gaji dah Rm5-6k tetiba nak jadi PTD. Yang ni kena fikir panjang sikit la. Tak ramai yang sanggup berkorban dah sedap gaji besar tetiba nak start gaji Rm3,322.00 (kalau ddk KL gaji banyak ni tgh bulan pun boleh makan megi-nak tanggung parents-anak bini-sewa rumah) aduiii Rm3k gaji pening kepala jap. Tapi bersyukur jelah. Kalau sakit demam FREE, dapat kuaters lagi haaa mcm-mcm benefit la.

Okaylah. semoga persoalan korang terjawab lah yer. Nak cakap besar ke kecik tu depands kat korang sendiri lah. Kalau aku tanya kawan-kawan aku mostly cakap kecik (depands on your circle). Kalau tanya aku... hmmmm boleh la nak makan nasi lemak tengah bulan. Janji aku tak kebulur dah lerrr. Lagipun bos aku suka belanja makan. Meeting makan lagi. Farewell makan lagi. Ada event makan lagi. haaa makan FREE jela. Kadang-kadang tak pijak pun cafe. Memanjang invitation bos ajak makan. Alhamdulillah rejeki aku. Yela bos gaji rm10k++/month kalau dia xbelanja anak buah dia.. Siapa lagi dia nak belanja kih kih kihh 

Lagi pun bos-bos kena la beringat. Sedekah ni akan murahkan lagi rezeki bos-bos ni. Teori aku- Lagi banyak dia sedekah. Lagi cepat dia naik pangkat. Hahaha. Sama la jugak dgn gred M44++ ni. Gaji banyak tu belanja la sikit anak-anak buah korang yang berhempas pulas untuk korang tu. Alaaa takkan la nescafe secawan pun xleh belanja kih kih kihhh 


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1b4-CcVjzY4ozKy186jq-vX4KNLJ12Mmo

Teh Tarik bos belanja "masa meeting" 

You Might Also Like

1 Comments

  1. Salam puan... Sy nak tanya, ptd ada elaun kritikal ke?

    ReplyDelete