BAGAIMANA HENDAK KERJA KERAJAAN? (STEP BY STEP MOHON KERJA KERAJAAN)

October 30, 2019

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Oleh sebab ramai sangat kawan-kawan aku bertanya (especially kawan-kawan sekolah) bagaimana hendak kerja kerajaan jadinya aku dengan suci hatinya dahulu pada tahun 2016-2017-2018 tolong isikan SPA dorang dan pakej siap tolong update kerja-kerja kosong kerajaan selama tiga tahun berturut-turut. Baikkan aku? hehee

Jadinya pada tahun 2019 aku dah start malas nak update-kan untuk kawan-kawan sekolah aku dan most of them telah dapat menjawab exam online dan sampai stage interview. Alhamdulillah. Jadinya jika tahun 2019 dan seterusnya kalau mereka suruh aku update lagi sekali aku tunjuk ajelah post ini kepada mereka. Bukan taknak tolong kawan or apa-apa cumanya aku sudah bertambah komitmen kerja sekarang.


1) PORTAL RASMI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 

Kalau nak kerja kerajaan ni bukan pakai cable ye anak-anak. Kalau dengar pakai cable tu confirm dia hidup zaman 90an lagi. Kalau nak mohon kerajaan ni kau kena tahu apa itu PORTAL RASMI SPA. Basically portal ini adalah BORANG ONLINE yang korang kena isi jika nak mohon kerja kerajaan (simple dan paperless kan?) Korang ingat ni zaman batu ke apa nak drop resume kat jabatan-jabatan? Jadinya korang sila layari PORTAL RASMI SPA 



2)  SILA KLIK SPA8i 

Selepas itu korang kena klik pautan yang korang nak tahu mengenai kerja kerajaan ini. Disini korang akan nampak pautan Iklan Peluang Kerjaya, Maklumat Jawatan, SPA8i dan Semakan. 

Tips: Kalau nak tahu kekosongan jawatan korang tekanlah IKLAN PELUANG KERJAYA ni. Di sinilah korang akan tahu kerja apa yang tengah kosong dan bila korang dah tahu kerja apa yang kosong tu korang UPDATE la balik borang korang dalam SPA8i. 

Banyak kawan aku dah isi sekali terus tak update borang. Dia ingat kerja kerajaan itu panggilan jatuh dari langit ke? hahahaa banyak juga yang syok sendiri. Isi permohonan yang tiada kekosongan. Aku anggap dua golongan ini adalah golongan yang tidak serious nak kerja. ingat 2 perkara simple ini bila nak mohon kerja kerajaan 

1) Iklan kekosongan
2) Update borang 

Kalau dua-dua ni tak ingat, aku tak tau la nak cakap apa. hahaha! 



3) PILIH SERVER 





Seterusnya korang pilih la server kegemaran korang. Tiada beza pun server 1 dan 2. Klik di server tersebut dan korang akan ke pautan seterusnya

4)  Tekan Daftar MYID Baru

Bagi sesiapa yang masih virgin dalam permohonan kerja kerajaan ni. Korang kena daftar dahulu ye, Bagi sesiapa yang dah daftar korang hanya perlu masukkan number kad pengenalan dan kata laluan. 


5) Daftar Akaun Baru 


6) LOG IN BALIK 

7) ISI MAKLUMAT DIRI


a) First of all korang kena isi MAKLUMAT PEMOHON. Seperti Nama Penuh, Alamat Surat Menyurat, Tarikh Lahir, No Telefon, Emel, Negeri Kelahiran, Lesen kenderaan dan tinggi 

Tips: bagi sesiapa yang suka tukar number phone tu (mcm budak-budak tu) tolong lah once tukar number terus update dalam SPA. Korang ingat kerajaan banyak masa nak ambil tahu number baru korang? haha! dan email tu tolong lah alert dengan email masing-masing. Dua perkara ni amat penting sebab zaman sekarang dah moden. Korang masih tunggu surat dari POSMEN ke? hahahaha! please lah ye. Tolong cakna 2 perkara iaitu no phone dan email. 


ini contoh borangnya, aku blur-kan maklumat-maklumat dalam borang ni sebab maklumat personal ye. hahahaa. 

8) MAKLUMAT AKADEMIK


Next step adalah korang isilah maklumat akademik korang. Start dengan PMR (wajib) , SPM (wajib), STPM (kalau ada), PEPERIKSAAN TAMBAHAN (kalau ada), STAM (kalau ada),  PENGAJIAN TINGGI (kalau ada) dan PROFESSIONAL (Kalau ada) 

So far dalam kerajaan paling teruk pun korang kena ada PMR untuk gred 11 atau SPM untuk gred 19. Maksudnya korang mestilah ADA PELAJARAN. Kalau TIADA PMR dan SPM dan mahu kerja kerajaan. SILA ULANG EXAM PMR dan ULANG EXAM SPM. Tiada jalan short cut dan tiada kabel boleh tolong anda. 

9) Maklumat Kokorikulum





Nak kerja kerajaan ni. Perkara Kokorikulum pun amat penting. Kenapa? sebab kita nak PENJAWAT AWAM YANG SIHAT. Kita ni nak kerja sampai 60 TAHUN. Jadinya nak sampai 60 TAHUN itu, korang mestilah ada gaya hidup aktif. Tapi jangan main isi je ye. Makesure semua yang korang main ni ada bukti SIJIL yang sekolah korang/ universiti korang keluarkan. JANGAN TIPU YE! 

10) BAHASA


Standard rakyat Malaysia ni semua orang tahu dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadinya kalau korang tahu Bahasa Indonesia (Rajin tengok sinitron) dan Bahasa Arab (Rajin mengaji Alhamdulillah) kira jadi added point dalam permohonan ini. 

Ada kawan aku rajin tengok drama korea dan dia fasih bahasa korea. Yang paling lawak ada yang rajin tengok telenovela dulu memang mahir bahasa Brazil (i think) ni mesti pengaruh Rosalinda dan Yo Soi Betty La Fei 

11) JAWATAN YANG DIMOHON 

Okay korang ingat tak aku tulis tadi yang korang wajib alert dengan IKLAN yang SPA buka? 

maksudnya korang isilah jawatan yang kosong dalam IKLAN. Kalau korang isi jawatan yang TIADA DALAM IKLAN. tunggu kucing korang berjanggut pun confirm takkan dapat panggilan. FAHAM? 

Sebenarnya aku muak dengan orang kata SPA TAK PANGGIL-PANGGIL yang korang isi jawatan yang tiada dalam IKLAN tu kenapa? salah siapa? Nak salahkan diri sendiri ke atau nak salahkan kerajaan ? 

Pastikan korang mohon total 15 jawatan sahaja ye. Kalau boleh letaklah jawatan yang ada dalam iklan dan letak jawatan yang selalu banyak kekosongan seperti N19 dan W19 (kiranya yg ni most wanted la. Mana-mana jabatan pun confirm nak pakai dua ni. Aku suggest walaupun dua jawatan ni tiada dalam iklan. Korang letak je situ. 


 Selepas dah mohon, jangan lupa pilih tempat korang nak temuduga. Kalau orang KL tu pergi la PUTRAJAYA dan paling penting jangan lupa TEKAN SIMPAN (ni penting ni, ramai tak tekan simpan lepastu kata dia dah mohon) hahaha!


12) PENGAKUAN PEMOHON (NI WAJIB FOKUS) 


Korang kena pastikan jawatan yang dimohon keluar kat jadual ada warna biru tu! Korang baca balik ada tak jawatan yang korang KLIK tu? kalau ada dan confirm semua maklumat betul SILA TANDA SAYA SETUJU dan korang klik HANTAR. 

Besar-besar aku type tu. Sebab banyak kes kawan aku mohon SPA tak KLIK HANTAR dan lagi satu sila ambil maklum bahawa selepas KLIK HANTAR korang kena pastikan muncul ayat ini: 


STATUS PERMOHONAN: HANTAR PADA 30/10/2019
Oleh sebab harini adalah 30/10/2019 aku update. Jadinya keluarlah tarikh aku update. So korang kena pastikan status ni keluar. Kalau takde keluar tu korang REFRESH balik atau LOG IN balik. Kalau tak keluar jugak tarikh yang korang update tu. ehem ehemm. silalah isi balik ye. Sedangkan manusia pun mempunyai error apatah lagi server pahammm...

13) SELALULAH UPDATE SEBAB Pendaftaran permohonan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. 




Jadinya kalau mohon 1/1/2019. Korang kena la update balik pada 1/1/2020 (ni paling teruk lah) dah la update setahun sekali. Lepastu tak alert dengan iklan. Lepastu harap panggilan jatuh dari langit... whattttt??? hahahah! 

14) Mohonlah dari seawal usia anda! 

Maksud aku adalah lepas SPM tu teruslah mohon SPA. Aku sendiri mohon SPA lepas aku SPM. Dipanggil oleh SPA beberapa kali dari umur 18 tahun-23 tahun. Lagipun aku masa umur 18 tahun-22 tahun tu masih belajar dan tak sempat pergi interview. Akhirnya pada umur aku 23 tahun, aku menyerah diri dengan pergi interview dan ALHAMDULILLAH lepas (Serious tak sangka) lepas aku menjalani kadet PTD selama setahun pada umur 24 tahun akhirnya aku masuk servis umur 25 tahun dengan gred M41. Kih kih kihhh.

Alhamdulillah. Allah mempermudahkan urusan aku. Sebagai tanda bersyukur aku kepada Allah SWT aku rajin la tolong update SPA untuk adik beradik aku, ipar duai aku, kawan-kawan sekolah aku. hahahahah! tapi tu la. sejak banyak komitmen ni aku rasa eloklah aku buat 1 posting ni khas untuk mereka-mereka yang nak kerja kerajaan.

Bagi aku ini semua adalah rezeki. Kerja kerajaan atau swasta dua dua ada kelebihan masing-masing. Seperti aku, ibuku hari-hari berzikir dari aku lepas SPM untuk aku kerja kerajaan. Mungkin berkat rezeki ibuku bebel dan aku ingin tunjukkan aku ini adalah anak yang baik dengan mendengar kata ibuku. Kepada sesiapa yang parents dia selalu bising suruh kerja kerajaan tu, aku sangat sangat faham. 

Parents kita nak yang terbaik untuk kita, parents kita nak kita ada kerja secure dan stable. Aku nak share doa aku masa dapat kerja kerajaan ni. Boleh la korang amalkan jika korang serious nak kerja. 

YA ALLAH, JIKA KERJA KERAJAAN INI AKAN MEMBUATKAN IBU BAPAKU HAPPY DAN BAHAGIA KAU MUDAHKANLAH URUSAN PERMOHONAN PEKERJAAN AKU. TIADA APA YANG AKU MAHUKAN SELAIN MEMBUAT IBU BAPAKU BAHAGIA DENGAN PEKERJAANKU. AAMIN AAMIN. 

Akhirkata, Good Luck dengan permohonan korang ni. Banyakkan berdoa dan teruskan upgrade diri sebelum nak kerja (tidak kisah la kerajaan ke swasta) aku doakan yang terbaik untuk pekerjaan pembaca blog aku dan aku doakan kerajaan Malaysia ni dapat pekerja yang berdedikasi seperti korang. 

Dan semoga aku dapat pahala dengan ilmu yang aku tulis ni. Kira ni pun salah satu effort aku kepada Kerajaan Malaysia lah dengan membantu mereka-mereka yang nak kerja ni hahahah! okayy bye. 

SEKARANG GOV DAH TUKAR KEPADA https://spa9.spa.gov.my/login



You Might Also Like

3 Comments

  1. Allahhuakbar, terima Kasih banyak2 lak sedara saya.

    ReplyDelete
  2. Banyak2 kak Sedarkan saya

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, kalau saya mohon 15 jawatan pada contoh 6/9/2021, lepastu 20/9/2021 saya mohon lagi 15 jawatan, adakah 15 jawatan yang saya mohon 6/9 tu dia cancel atau still diproses?

    ReplyDelete