REVIEW JUJUR PENGALAMAN MENGGUNAKAN E-WALLET dan RFID TOUCH N GO

October 29, 2019

RFID: RADIO-FREQUENCY IDENTIFICATION


Assalamualaikum WBT 

Sejak tengok kereta yang ada pelekat RFID boleh meluncur di lebuh raya tanpa beratur, aku merasakan kereta tersebut sangatlah sexy! Bukan second class seperti kereta aku yang perlu beratur menunggu di ruangan "TAMBAH NILAI"

Aku adalah manusia cliche bab Touch N Go ni. Kenapa? Sebab pengalaman telah mengajar aku beberapa perkara bab Touch N Go.

1) Penggunaan E-Wallet
Masa mula-mula e-wallet diperkenalkan, aku yang konon-konon nak jadi perintis pengguna e-wallet terawal dengan pantas download apps tersebut di Apps Store. Sebab aku dengar lepasni aku dah tak payah susah-susah beratur di tol dan aku tak perlu susah-susah reload di stesen minyak. 

Aku pun dengan pantas terus topap RM50.00 dalam e-wallet aku alang-alang aku dari tol Juru Penang perlu balik ke tol Duta Kuala Lumpur perlu membayar RM43.30. Lalu aku dan suami aku meneruskan perjalanan dengan happy dan bergumbira sekali. 

Sesampai sahaja di Tol Duta. Baki touch N go aku katanya "TIDAK BERBAKI" sudahlah panik aku dengan husband aku. Aku pun dengan pantas mengorek sisa-sisa baki duit dalam wallet aku. Nasib ada RM50 kahh kahhh. Kalau takde tak tahu la bagaimana nasib aku dan suami pada hari tersebut. 


FOBIA NAK PAKAI E-WALLET DAH! PENIPU PUNYE TOUCH N GO

2) Oleh sebab fobia aku masih berpanjangan, aku pun meneruskan sisa-sisa hidup aku di lebuhraya dengan beratur atau reload di stesen minyak. hahahahhaaha tak puas hati betul aku dengan e-wallet ni. shampah betul la (Buat suara dak wechat)

Sampailah suatu tengah hari yang terik. Aku dan suami aku pergi ke Mydin Mall Bertam sebab nak beli barang-barang dapur kiriman ibu mertuaku dan aku nampak booth RFID. 

Aku dengan semangatnya (as usual) pergi ke booth tersebut dan mengintai-intai betul ke ada booth RFID ni. Nampaklah seorang gadis cina ni suruh isi borang. Then aku pun dengan semangatnya isi borang dan finally amoi ni letak cip RFID dekat kereta aku


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1veQ7oKhTpERwYlCUYC2OmLPvMATFTadd


Ni lah rupa borangnya.  

3) Kenapa aku pilih letak di windscreen dan bukannya di lampu?

Kerana aku pun duduk di kawasan yang tinggi sahsiahnya (kuaters kerajaan) sudah pastinya ada tangan-tangan ghaib anak jiran yang confirm akan mengopek RFID di lampu keretaku ini. Disamping untuk mengelakkan RFID aku ini dari terkena panas dan teriknya matahari, hujan dan ribut. Aku rasa better-lah letak dalam cermin. Selamat. 

4) EFEKTIFNYA RFID !
Standard kalau kita daftar apa-apa sahaja di Malaysia akan mengambil masa 3 hari bekerja sebelum digunakan. Supprisingly, RFID Touch N Go yang aku daftar pada pukul 12 tengah hari pada 28 Oktober 2019 terus aku boleh guna pada 29 Oktober 2019 pukul 2.23pagi. Wow! Pantas! Tangkas!
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-LPboJpA1eu25cZAx6Ilnh-LIXNmTa_0

Aku gunakan di DUKE. Saje je try dan YES dia tolak directly dari E-WALLET. Korang kena pandai bezakan ye apa beza duit yang ada dalam KAD TOUCH N GO versus dengan duit yang ada dalam E-WALLET. 


5) Kenapa bila ada baki dalam E-wallet Touch N Go bila sampai kat lebuh raya, Tol beritahu baki Touch n Go kita kosong? 
Aku pun tanya la soalan cepu cemas ni kat ahmoi ni. Jawapan ahmoi ni: Sebenarnya tol yang aku lalu itu adalah TOUCH N GO BERSTATUS BIASA. Yang dimana korang masih kene reload di Stesen minyak (so oldskol okay!)

Jadinya korang kena pastikan tol yang korang lalu ada PAY DIRECT 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1EdvpR0DArRzs2kJjYd3PZeCMvvJkF4AH

Kalau tol yang korang lalu takde banner pay direct ni. Korang terpaksalah beratur @ siap-siap isi di stesen minyak ye! 
Kesimpulannya, korang kena ada 3 perkara ini untuk memudahkan urusan korang di lebuh raya
1) E-wallet: Reload la siap-siap kalau-kalau terlalu di lebuhraya yang ada pay direct (so tak payah la nak beratur kalau terlupa nak isi reload di station minyak) 
2) RFID: untuk mengelakkan beratur di Touch N Go. 
3) Kad Touch N Go: yang reload telah diisi di station minyak siap-siap kalau terlalu di tol yang tiada pay direct. 

Kalau nak daftar RFID boleh daftar di sini ye: DAFTAR RFID (TEKAN SINI) 


You Might Also Like

0 Comments