Tip menangani politik ofis kakitangan melayu.

July 27, 2022

Tip menangani politik ofis kakitangan Melayu.

(‘What they don’t teach you at management school’)


Saya bekerja selama 31 tahun dalam kerajaan sebagai penjawat awam dan 4 tahun diswasta. 


Selama 35 tahun bekerja saya telah berpindah ofis sebanyak 10 kali dan menjadi ketua bahagian berbagai jabatan. 


Management dan interpersonal skills diperolehi dari pengalaman ‘trial and error’ sepanjang zaman bekerja mulai umur 21 tahun yang tidak pernah diajar di Universiti. 


Banyak kesilapan management yang saya telah lakukan sepanjang kerjaya dan setiap kali saya terjerumus dalam lubang, saya berusaha untuk memperbaiki diri dan improve myself dari segi management skills, dan pastikan tidak terjerumus kedalam lubang yang sama kali kedua, seperti seekor keldai. 


Buku buku management yang dikarang oleh penulis barat adalah baik untuk dibaca dan diamalkan tetapi ianya tidak mengajar cara mengendali staf berbangsa bani melayu. 
Staf melayu tidak boleh dilayan secara apa yang diajar oleh buku management konvesional kerana keunikan perangai bangsaku. Ini yang saya pelajari sepanjang 35 tahun bekerja. 


Pada tahun pertama bekerja saya mendaftarkan diri disekolah public speaking swasta selama setahun. Disitu saya belajar bagaimana memberi ucapan bernas tanpa gugup dengan cara praktikal. Ianya seperti toastmasters club. 


Public speaking skills ini memberi saya konfiden apabila berdepan dengan ratusan staf pada kemudian hari. Sebenarnya kelancaran dan petah bercakap hadapan khalayak ramai adalah datang dari praktis sahaja. Anda hanya perlu kerap praktis, praktis dan praktis untuk menjadi seorang public speaker yang baik. 


Saya senaraikan sepuluh tip penting untuk berjaya dalam ofis politik sebagai bossku, dari pengalaman bekerja 35 tahun bersama staf bani melayu. 


1. Jgn terlalu baik dgn staf.


Orang melayu ni memang pelik. Jika anda terlalu rapat dengan staf, ianya akan menjadikan anda popular sebagai boss yang baik hati tetapi staf melayu akan hilang hormat kepada anda. 


Ini akan menyebabkan mereka kurang mendengar arahan anda, naik tocang dan kerja acuh tak acuh sahaja. Adalah lebih baik adakan sedikit jurang antara ketua dan staf kerana orang melayu akan rajin bekerja jika mereka didalam positif stress. Jika bos dan staf terlalu baik, kebiasaan staf akan berfikir bahawa bos tidak akan menegur beliau dan akan ‘take for granted’ semua arahan bos. Adakan jurang antara anda dan staff anda. 
Hayati peribahasa inggeris ini,


“Familiarity breeds contempt, and absence makes the heart grows fonder”


2. Jangan beri kuasa kepada mereka yang tidak berhak.


Saya pernah memberi kuasa dan kerja kepada staf yang mempunyai kelayakan sijil yang sepatutnya disandang oleh seorang pemegang diploma. Akhirnya pekerjaan tersebut gagal dengan kerugian besar kerana tidak dilaksanakan dengan betul. 
Pekerjaan yang sepatut dilakukan oleh seorang pemegang ijazah tidak patut di delegate (agih) kepada pemegang diploma dan begitu juga seterusnya. 
Kuasa yang tidak sepatutnya disandang akhirnya akan di ‘misused and abused’. 


3. Jgn tegur staf depan staf lain


Ramai manusia mempunyai ego yang tinggi dan ego melayu setinggi pokok tualang serta ada yang beregoan terbang tinggi seperti helang tak ingat pipit dibawah. 
Adalah sangat ‘taboo’ menegur seorang staf dihadapan staf lain. Jika anda perlu menegur dan memberi nasihat, panggil ‘one to one’ dengan anda. He will appreciate it. 


4. Don’t eat and shit at the same place. Jangan bercinta dlm opis. 


Ini pantang larang mak bapak datok nenek paling besar. Jika anda bos, adalah  ’a grave sin’ untuk bercinta dan flirt dengan staf anda (lagi kalau anda sudah berkahwin). Banyak kes saya lihat perkara ini terjadi dan berakhir dengan perang dunia ke tiga dan kiamat kecil. Eat and shit at different places, OK!!


5. Don’t take sides and favour certain staffs. 


Sebagai boss anda adalah orang tengah dan neutral. Jika ada staf yang mula berpuak pastikan anda dipihak yang neutral. Kaji situasi dan pecahkan puak puak bertelagah dalam pejabat kerana ianya akan menjatuhkan morale bekerja kakitangan lain dan melunturkan semangat esprit de corps mereka. 


Saya pernah memecah tiga puak yang bertelagah dalam ofis dengan memindahkan semua ketua ketua mereka ke bahagian lain. Akhirnya pejabat menjadi aman tenteram. 


6. Stamped your authority and be a disciplinarian. 


Make sure your staffs know who is boss and the boss is a strict disciplinarian. Jangan nampak sebagai seorang boss yang lemah walaupun dalam hati anda seorang penakut. Always be on top of everything. 


Mengendali perangai staf melayu adakah perkara yang paling rumit kerana perangai pelik mereka yang semula jadi. Tengok bagaimana Mahathir cuba merubah perangai melayu selama berpuluh tahun.


7. Puji. Give credit when credit’s due.  Pastikan ada reward scheme dalam pejabat kepada mereka yang bekerja dengan gigih and give recogntion when it is due. Nampak tak di KFC dan McD terpampang gambar ‘staff of the month?’


8. Be careful whom you trust. 


Anda akan tahu staf mana yang suka jack dan apple polishing boss. Pastikan anda tidak termakan kata kata manis mereka kerana kebiasan apple polisher ini adalah mereka yang malas bekerja. Sentiasa waspada kerana kadangkala orang yang anda trust lah yang akan back stab anda. 


Trusting others isn’t always a good thing. Trust me, I know. Sit back and assess people and their personalities. Listen to their words, and more importantly, observe their behaviour. ve on the side of caution when it comes to sharing information, especially if it’s negative. View everyone you talk to as a potential spy who might bring information back to the enemy. It may sound cynical, but it’s self-preservation. 
Hopefully, you have true friends you can trust in the workplace, but don’t go around sharing your thoughts and feelings too freely.


9. Do not overhaul office and change staffs the first 3 months. 


Apabila anda bertukar ke pejabat baru, jangan terlalu bersemangat untuk membuat overhaul pejabat dan menukar staf. Kaji dulu sistem yang sediada, kenali siapa kingmaker dan siapa ‘paper pusher’. Buat pertukaran apabila anda sudah konfiden dan faham perjalanan dan sistem ofis. 


10. Jangan mencarut and mind your language. 


Ramai bosses melayu yang saya kenal terutama dari pihak swasta suka mencarut dan mengeluarkan perkataan yang tidak manis. Pernah saya terdengar seorang boss melayu yang menegur seorang kerani perempuan dengan kata kata kesat, 


”Kau ni suka sangat KANGKxxx. Lain kerja tak tau buat ke?”  


Kerani tersebut selalu ambil MC kerana preggy. Akhirnya boss tersebut dibuang kerja kerana beberapa repot mengenai kata kata beliau yang kesat dan kotor berunsur sexual harassment. 


Ada bosses yang suka baling fail apabila tidak mendapat repot yang bagus dari staf. Pernah saya mendengar seorang bos berkata dengan cynical ‘my primary school son can write a better report’. Kata kata negatif dan kritikan melampau akan membuat staf anda menjadi low morale and low self-esteem.


Ada banyak lagi tip-tip berkenaan politik ofis tetapi saya catatkan dulu mana yang penting. Catatan ini adalah dari pengalaman saya bekerja dan mungkin tidak sesuai dipraktikkan oleh orang lain dalam keadaan yang berbeza. 


Allahuallam. 
Catatan oleh:Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar kutuberahak.comFB: Zainuddin Omar
* inspection rumah The Glades, berdekatan Putra Heights semasa zaman bekerja.

PUBLISH SINI SENANG BACA BILA FREE FREE

You Might Also Like

0 Comments