PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM - 11. Maklumat Keputusan Peroleha

December 03, 2024

Maklumat Keputusan Perolehan

11.1 Paparan Keputusan Perolehan

  • Keputusan perolehan perlu dipaparkan di portal MyPROCUREMENT.
  • Agensi juga boleh memaparkan keputusan tersebut di laman sesawang Agensi.

11.2 Butiran yang Perlu Ada dalam Paparan Keputusan Tender

Paparan keputusan tender mesti mengandungi maklumat berikut:

  1. Perihal/Deskripsi Perolehan – Jenis perolehan (bekalan, perkhidmatan, kerja).
  2. Nama dan Alamat Agensi – Agensi yang melaksanakan perolehan.
  3. Nama dan Alamat Syarikat Berjaya – Syarikat yang dipilih.
  4. Harga Setuju Terima / Nilai Kontrak – Nilai kontrak yang dipersetujui.
  5. Tempoh Kontrak – Jangka masa kontrak dilaksanakan.
  6. Tarikh Keputusan Perolehan – Tarikh keputusan dibuat.
  7. Kaedah Perolehan – Kaedah yang digunakan untuk perolehan (tender terbuka, rundingan, dll).

You Might Also Like

0 Comments