PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM - 11. Pengurusan Aduan/Bantahan Perolehan Kerajaan
December 03, 2024
Pengurusan Aduan/Bantahan Perolehan Kerajaan
Bantahan Spesifikasi Jenama (Bukan FTA)
Peruntukan Dalam Dokumen:
- Agensi mesti sediakan ruang dalam dokumen perolehan untuk pembekal buat bantahan bertulis jika spesifikasi mengarah kepada jenama tertentu.
Tempoh Bantahan:
- Bantahan perlu dibuat dalam 10 hari selepas dokumen perolehan dijual. Bantahan lewat tidak akan diterima.
Jawatankuasa Bantahan:
- Agensi perlu tubuhkan Jawatankuasa untuk menimbang bantahan.
- Jawatankuasa dipengerusikan oleh wakil Agensi dan dua ahli berpengetahuan.
- Jika bantahan berasas, perolehan dibatalkan dan ditender semula dengan spesifikasi yang baru.
Aduan Lain
- Untuk aduan lain yang tidak tertakluk kepada FTA, Agensi boleh ikut Garis Panduan Pengurusan Aduan atau cara yang sudah ada dalam Agensi.
Agensi boleh menggunakan Garis Panduan
Pengurusan Aduan Perolehan Kerajaan seperti di Lampiran 4 atau
tatacara pengurusan aduan sedia ada di peringkat Agensi
sebab LAMPIRAN 4 ni panjang - saya sambung ke post lain
0 Comments