PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM

November 26, 2024

 

1. Pendahuluan

  1. Tatacara Perolehan:

    • Mengandungi peraturan am berkaitan perolehan.
    • Peraturan khusus akan dinyatakan dalam pekeliling berkaitan.
  2. Tanggungjawab Agensi:

    • Pastikan semua proses perolehan (pra-perolehan, semasa, dan pasca perolehan) dilaksanakan dengan betul dan teratur.

2. Had nilai dan Kaedah Perolehan

2.1. Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan

  • Pembelian Terus: Sehingga RM50 ribu.
  • Sebut Harga: Melebihi RM50 ribu sehingga RM500 ribu.
  • Tender Terbuka: Melebihi RM500 ribu.
  • Tender Terbuka Pra-Kelayakan: Melebihi RM500 ribu (tertakluk kepada kriteria khusus).
  • Tender Terbuka (Request for Proposal): Melebihi RM500 ribu (tertakluk kepada kriteria khusus).
  • Rundingan Terus: Melebihi RM50 ribu (tertakluk kepada kriteria khusus).


2.2 Perolehan Kerja

Kaedah perolehan dan had nilai:

  • Lantikan Terus: Sehingga RM50 ribu.
  • Requisition: Sehingga RM50 ribu.
  • Sebut Harga: Melebihi RM50 ribu sehingga RM500 ribu.
  • Tender Terbuka: Melebihi RM500 ribu.
  • Tender Terbuka Pra-Kelayakan: Melebihi RM500 ribu (tertakluk kepada kriteria khusus).
  • Rundingan Terus: Melebihi RM50 ribu (tertakluk kepada kriteria khusus).

2.3. Perolehan Kerja Mekanikal

  • Kriteria:
    • Melibatkan sistem mekanikal dengan pengkhususan tertentu.
    • Perolehan mesti dipelawa daripada gred asal (mengikut anggaran nilai kerja mekanikal oleh agensi).

  • Sistem Mekanikal (Kategori ME) dan Pengkhususan
  1. Lift/Dumbwaiter/Escalators System : Pengkhususan: M03

  2. Medical Gases Pipeline System : Pengkhususan: M06

  3. Sterilizers and Associated Equipment : Pengkhususan: M06

  4. Boilers/Calorifiers/Hot Water Reticulation SystemPengkhususan: M18

  5. Building Management System/Building Automation System/Building Supervisory SystemPengkhususan: M04

  6. Kitchen Equipment & LPG SystemPengkhususan: M07 & B20

  7. Laboratory EquipmentPengkhususan: M06

  8. Pneumatic Tube SystemPengkhususan: M15

  9. Dental Chair SystemPengkhususan: M06

  10. Sistem Kelengkapan Sasaran Menembak (Terbuka/Tertutup)Pengkhususan: M24

2.4. Perolehan Perkhidmatan Perunding

Kaedah Perolehan dan Had Nilai

Lantikan Terus Berserta Kos Siling (LTBKS):

(a) Kos Kerja Ukur: ≤ RM500 ribu
(b) Kos Kajian: ≤ RM500 ribu
(c) Kos Projek Pembangunan Fizikal: ≤ RM50 juta

Tender Terbuka/Tender Terbuka Pra-Kelayakan:

(a) Kos Kerja Ukur: > RM500 ribu
(b) Kos Kajian: > RM500 ribu
(c) Kos Projek Pembangunan Fizikal: > RM50 juta

Rundingan Terus:

(a) Kos Kerja Ukur: > RM500 ribu
(b) Kos Kajian: > RM500 ribu
(c) Kos Projek Pembangunan Fizikal: > RM50 juta
(d) Tertakluk kepada syarat dan kriteria tertentu dengan kelulusan Kementerian Kewangan.

2.5. Penetapan Kaedah Perolehan

  • Berdasarkan anggaran nilai perolehan bagi:
    • Penggunaan setahun atau
    • Nilai satu kontrak yang bertempoh.

2.6. Penentuan Perolehan di Bawah FTA

Anggaran Nilai Maksimum Perolehan

  • Untuk perolehan tertakluk kepada FTA (Free Trade Agreement), anggaran nilai maksimum perlu mengambil kira:
    1. Ganjaran:
      • Semua bentuk ganjaran seperti premium, yuran, komisen, faedah, atau aliran hasil lain di bawah kontrak.
    2. Pelanjutan Kontrak:
      • Apa-apa tambahan nilai untuk bekalan dan perkhidmatan.
    3. Projek Berfasa/Berperingkat:
      • Nilai keseluruhan projek mesti diambil kira walaupun setiap fasa/pakej perolehan adalah kecil.
      • Semua perolehan berfasa/bahagian tetap tertakluk kepada FTA.

2.7. Perolehan Tidak Dapat Dipenuhi dalam FTA

  • Jika anggaran nilai perolehan atau keseluruhan projek tidak memenuhi syarat FTA:
    • Perolehan mesti dipelawa kepada syarikat dari negara ahli FTA.

2.8 Penentuan Had Nilai Perolehan Kerja

Had nilai berdasarkan kos pembinaan/kos kontrak, tidak termasuk:

  1. Kos Pengambilan Balik Tanah (jika berkaitan).
  2. Kerja Awalan, seperti:
    • Penyiasatan Tanah (SI).
    • Ujian makmal berkaitan tanah (kecuali projek Reka dan Bina).
  3. Kos Perunding (kecuali projek Reka dan Bina).
  4. Kos Pengalihan Utiliti.
  5. Keperluan/Caj Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  6. Peralatan/Perabot Mudah Alih (loose equipment/furniture).

2.9 Perolehan Kerja

  • Termasuk:

    • Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan (Facility Management and Maintenance - FMM).
    • Perkhidmatan sokongan, seperti:
      • Perkhidmatan sokongan hospital.
      • Perkhidmatan sokongan klinik.
  • Arahan Penting:

    • Perolehan secara berasingan perlu dilakukan untuk:
      1. Bekalan dan Perkhidmatan.
      2. Perkhidmatan Pembersihan dan Pengemasan.
      3. Kawalan Serangga.

2.10 Perolehan ICT

Peraturan yang perlu dipatuhi:

  1. Kelulusan Teknikal:

    • Perolehan mesti mendapat kelulusan daripada:
      • Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Agensi. MAX 200K
      • JPICT Kementerian. 200K - 10 JUTA
      • Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) Jabatan Digital Negara (JDN). LEBIH 10 JUTA
    • Selaras dengan peraturan dan tatacara semasa.
  2. Keutamaan Perkhidmatan Pakar Dalaman:

    • Mengutamakan kepakaran dalaman sektor awam untuk pembangunan ICT.
    • Mengurangkan kebergantungan kepada pakar luar.
  3. Keutamaan Barangan Tempatan:

    • Mengutamakan produk dari syarikat MSC/MD (Multimedia Super Corridor/Malaysia Digital).
    • Perolehan barangan ICT import mesti mematuhi peraturan semasa.
  4. Pemilikan Kod Sumber (Source Code) dan Hak Harta Intelek (IPR):

    • Kod sumber dan IPR bagi pembangunan sistem aplikasi mesti menjadi hak milik Kerajaan Malaysia.
  5. Pemindahan Teknologi:

    • Pemindahan teknologi dan pengetahuan wajib dilaksanakan dalam tempoh kontrak.
    • Pegawai Teknikal Agensi mesti mampu menyelenggara perisian/perkakasan/rangkaian selepas tempoh jaminan tamat.

2.11 Perolehan Melibatkan Akses kepada Data/Maklumat Sensitif

Keperluan Penting:

  1. Tapisan Keselamatan:

    • Dijalankan untuk syarikat/perunding yang memerlukan akses kepada:
      • Data/maklumat Kerajaan.
      • Premis atau kawasan sensitif/terperingkat.
  2. Tandatangan Akta Rahsia Rasmi 1972:

    • Kakitangan syarikat yang terlibat mesti menandatangani Borang Perakuan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 



SETTLE NOTA UNTUK PERKARA 1 DAN 2 

SAMBUNGAN YANG KE 3 - SAYA BELAJAR LATER 


DISCLAIMER: INI ADALAH NOTA SAYA SEBAGAI PEGAWAI PEROLEHAN KERAJAAN. SEBARANG DECISION BETUL/SALAH TUAN/PUAN BUAT UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN BASE ON MY NOTA ADALAH BUKAN DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SAYA. JIKA ADA KESALAHAN DALAM NOTA SAYA BOLEH KOMEN DAN SAYA AKAN BETULKAN. SEMOGA NOTA INI BERGUNA UNTUK MASA DEPAN TUAN/PUAN/KITA BERSAMA


You Might Also Like

0 Comments