PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM - 4. Penyediaan Spesifikasi

November 27, 2024

Nota ini memudahkan pemahaman tentang pembentukan dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dalam memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan secara profesional dan berintegriti.

4. Penyediaan Spesifikasi

4. 1. Kepentingan Spesifikasi

  1. Panduan kepada pembida untuk memenuhi kehendak agensi.
  2. Spesifikasi perlu lengkap, jelas, dan mudah difahami.

Jawatankuasa Spesifikasi

1. Keahlian:
a. Sekurang-kurangnya 3 orang.
b. Ahli mesti berkelayakan, termasuk wakil dari agensi lain jika perlu.
c. Pengerusi: Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional.
d. Setiausaha: Bukan dari kalangan ahli jawatankuasa.
e. Ahli boleh termasuk pegawai kewangan untuk membantu kriteria penilaian. 

 2. Pelantikan: Dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan.

Tugas dan Tanggungjawab

1. Menyedia dan mengesahkan:

a. Spesifikasi lengkap untuk perolehan.

b. Senarai semak pematuhan.

c. Kriteria, skema, dan skor pemarkahan (teknikal & kewangan).

2. Mencadangkan kaedah penilaian (1 peringkat atau 2 peringkat).

3. Mematuhi peraturan perolehan semasa.

4. Pengerusi tidak boleh mengetuai Jawatankuasa Penilaian atau Jawatankuasa Perolehan lain.


Etika

1. Semua ahli mesti tandatangan Integrity Pact.

2. Larangan:

a. Tidak boleh mendapatkan nasihat daripada pembekal.
b. Tidak boleh menggunakan spesifikasi disediakan pembekal.

3. Ahli dengan kepentingan terletak hak mesti:
a. Isytihar kepentingan secara bertulis.
b. Tarik diri daripada jawatankuasa.

You Might Also Like

0 Comments