PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM - 5. Bekalan dan Perkhidmatan

November 27, 2024

Bekalan dan Perkhidmatan

1. Dasar dan Peraturan:

a. Spesifikasi perlu mengikut dasar semasa (barang buatan tempatan, perolehan hijau, dsb).

b. Barang import hanya dibenarkan jika tiada sumber dalam negeri.

c. Untuk negara ahli FTA, spesifikasi perlu mengikut prinsip layanan sama rata, tanpa menekankan barang tempatan.

2. Kajian Pasaran:

a. Agensi perlu melakukan kajian pasaran sebelum menyediakan spesifikasi.

3. Kriteria Kewangan:

a. Kuantiti, harga, kos penghantaran perlu dinyatakan dengan jelas.

4. Kriteria Penilaian:

a. Penilaian spesifikasi teknikal perlu jelas, tanpa menyebut nama syarikat atau tanda pengenalan dalam tawaran teknikal.

5. Jenis Spesifikasi:

a. Fungsi: Menyatakan fungsi bahan/produk tanpa menetapkan bahan atau ukuran tertentu.

b. Prestasi: Menyatakan prestasi yang diinginkan, dengan piawaian agensi untuk memastikan kualiti.

c. Teknikal: Menyatakan keperluan terperinci (contoh: reka bentuk, ukuran, bahan, dsb).

6. Gabungan Ciri Spesifikasi:

a. Gabungan ketiga-tiga jenis spesifikasi dibenarkan, dengan penekanan pada prestasi dan fungsi.

7. Larangan Terhadap Jenama atau Model Tertentu:

a. Tidak dibenarkan spesifikasi ke arah jenama/model tertentu kecuali jika diperlukan untuk keserasian atau produk khusus.

b. Untuk alat ganti atau barang pakai habis, jenama atau model boleh dinyatakan.

8. Piawaian:

a. Spesifikasi perlu memenuhi piawaian Malaysia atau piawaian antarabangsa yang diiktiraf.

b. Jika tiada piawaian, agensi perlu memastikan barang selamat dan sesuai digunakan.

9. Maklumat Sensitif:

a. Penyediaan spesifikasi mesti mengelakkan pendedahan maklumat sulit kerajaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

10. Peraturan ICT:

a. Perolehan berkaitan ICT perlu merujuk kepada dasar Jabatan Digital Negara.

b. Peralatan ICT perlu kelulusan Jabatan Digital Negara (kecuali komputer stand-alone).

11. Perlindungan Alam Sekitar & Sumber Asli:

a. Agensi boleh menetapkan spesifikasi untuk melindungi alam sekitar dan sumber asli.

12. Maklumat Sensitif Kerajaan:

a. Spesifikasi boleh ditetapkan untuk melindungi maklumat sensitif kerajaan, terutama yang berkaitan dengan penyimpanan dan pemprosesan maklumat di luar negara.

DISCLAIMER: INI ADALAH NOTA SAYA SEBAGAI PEGAWAI PEROLEHAN KERAJAAN. SEBARANG DECISION BETUL/SALAH TUAN/PUAN BUAT UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN BASE ON MY NOTA ADALAH BUKAN DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SAYA. JIKA ADA KESALAHAN DALAM NOTA SAYA BOLEH KOMEN DAN SAYA AKAN BETULKAN. SEMOGA NOTA INI BERGUNA UNTUK MASA DEPAN TUAN/PUAN/KITA BERSAMA

You Might Also Like

0 Comments