PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM - 9. Pengiklanan Perolehan

November 27, 2024

 Pengiklanan Perolehan


Pengiklanan Umum:

  • Semua pelawaan perolehan kerajaan mesti diiklankan di MyPROCUREMENT dan boleh juga di laman sesawang agensi.
  • Iklan perolehan tertakluk kepada FTA (Free Trade Agreements) perlu mengikut format tertentu, seperti contoh "FTA(CPTPP)" diikuti dengan tajuk dan deskripsi perolehan.

Tempoh Pengiklanan:

  • Iklan tender perlu ditayangkan sekurang-kurangnya 21 hari untuk perolehan tidak tertakluk FTA, dan 40 hari untuk perolehan yang tertakluk FTA atau tender antarabangsa.
  • Tempoh iklan boleh dilanjutkan dengan kelulusan Pengerusi Lembaga Perolehan, manakala pemendekan tempoh iklan memerlukan kelulusan dari Kementerian Kewangan.

Kandungan Iklan Perolehan:

Iklan perlu jelas dan menyatakan perkara seperti:

  • Nama, alamat, e-mel pegawai agensi yang mempelawa.
  • Tajuk, jenis perolehan (sebut harga, tender terbuka, etc.).
  • Harga dokumen, tempoh kontrak, syarat kelayakan pembida.
  • Maklumat taklimat/lawatan tapak, jika ada.
  • Keutamaan harga (jika ada), kehadiran lawatan tapak (termasuk kehadiran pegawai syarikat yang diluluskan).
  • Program offset, kolaborasi industri dan syarat kelayakan seperti pendaftaran dengan Kementerian Kewangan atau CIDB.

Perolehan Tempatan dan FTA:

  • Untuk perolehan bekalan, jika tiada pembuat tempatan, ia harus dipelawa di kalangan pembekal sahaja. Perolehan tidak boleh dipelawa serentak antara pembekal dan pembuat tempatan (kecuali tertakluk FTA).

Prosedur Tutup Tawaran:

  • Waktu tutup adalah pada 12.00 tengah hari, dan tawaran lewat tidak akan dipertimbangkan. Tawaran lewat perlu ditandakan “Tawaran Lewat” dan tidak dibuka atau dinilai.
DISCLAIMER: INI ADALAH NOTA SAYA SEBAGAI PEGAWAI PEROLEHAN KERAJAAN. SEBARANG DECISION BETUL/SALAH TUAN/PUAN BUAT UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN BASE ON MY NOTA ADALAH BUKAN DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SAYA. JIKA ADA KESALAHAN DALAM NOTA SAYA BOLEH KOMEN DAN SAYA AKAN BETULKAN. SEMOGA NOTA INI BERGUNA UNTUK MASA DEPAN TUAN/PUAN/KITA BERSAMA

You Might Also Like

0 Comments