PK 2.1 - KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN - PERIHAL UMUM - Perancangan Perolehan Tahunan (PPT)
November 26, 2024SAMBUNGAN DARIPADA PEMBELAJARAN PEROLEHAN SAYA. INI ADALAH NOTA RINGKAS UNTUK RUJUKAN SAYA KEMUDIAN HARI
Perancangan Perolehan Tahunan (PPT)
3. Definisi dan Tujuan PPT
3.1 PPT: Perancangan tahunan bagi perolehan yang dirancang oleh agensi.
- Agensi wajib merancang perolehan tahunan (annual procurement) bagi perolehan yang akan dilaksanakan bagi tahun berikutnya dan
- mengemukakan maklumat perancangan perolehan untuk semua kaedah perolehan kepada Kementerian Kewangan.
- PPT yang wajib disediakan membantu Agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja di penghujung tahun atau di saat-saat akhir.
Tujuan:
- Meningkatkan ketelusan.
- Memastikan perolehan teratur dan berhemah.
- Mengelakkan kelewatan, salah guna kuasa, dan pembaziran.
- Memberi peluang awal kepada pembekal dan kontraktor.
3.1 (i) Objektif PPT
a. Ketelusan dalam perolehan kerajaan.
b. Perancangan sistematik dan teliti.
c. Memantau perolehan untuk mengelak kelewatan dan salah laku.
d. Memastikan pematuhan kepada peraturan perolehan.
e. Mengelakkan perbelanjaan di saat akhir.
f. Mengoptimumkan perbelanjaan dan elak shortfall.
g. Memberi makluman awal kepada pembekal.
a. Kategori: Bekalan, perkhidmatan, kerja (menggunakan dana Persekutuan).
b. Maklumat Wajib:
i. Perihal perolehan.
ii. Kategori perolehan.
iii. Kaedah perolehan.
iv. Jangkaan tarikh pelawaan.
v. Maklumat PTJ.
vi. Lain-lain maklumat berkaitan.
c. Sistem: Maklumat dimasukkan ke dalam ePerolehan selewat-lewatnya 15 Januari.
d. Pindaan: Perlu kelulusan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan.
Garis Panduan Tambahan
- Kaji Pasaran:
- Tentukan ketersediaan
barang tempatan.
- Anggar harga pasaran.
- Spesifikasi Barang:
- Utamakan barangan
tempatan.
- Barangan import hanya
jika tiada alternatif tempatan.
- Tatacara Tender: Perolehan tender dipaparkan di portal MyPROCUREMENT.
Peraturan Tambahan
- Pekerjaan Teknikal:
- Merujuk Jabatan Teknik
seperti JKR/JPS.
- Jika tiada maklum balas
dalam 14 hari, boleh lantik perunding.
- FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas):
- Pastikan nilai perolehan
mencapai had FTA untuk kepatuhan.
Contoh Penentuan Had Nilai Perolehan Tertakluk FTA
1. Contoh 1: Tertakluk FTA
Projek: Pembinaan universiti awam baharu yang melibatkan beberapa fasa, dengan anggaran nilai RM590 juta.
Fasa Projek:
- Fasa 1: Pembinaan bangunan fakulti – RM350 juta (Tahun Pertama)
- Fasa 2: Pembinaan 4 blok asrama – RM100 juta (Tahun Ketiga)
- Fasa 3: Pembinaan kompleks sukan dan padang – RM40 juta (Tahun Kelima)
- Fasa 4: Pembinaan dewan canselor – RM100 juta (Tahun Keenam)
Kesimpulan:
- Jumlah anggaran projek melebihi nilai ambang FTA.
- Oleh itu, projek ini tertakluk FTA, dan bagi setiap fasa (termasuk Fasa 1 hingga Fasa 4), negara-negara ahli FTA perlu dipelawa untuk menyertai pakej tender.
2. Contoh 2: Tidak Tertakluk FTA
Projek: Pembinaan sekolah daif seluruh negara dengan jumlah peruntukan RM1 billion.
Kos Setiap Sekolah:
- Setiap sekolah dianggarkan kurang daripada nilai ambang FTA (contohnya, RM10 juta per sekolah).
Kesimpulan:
- Walaupun jumlah peruntukan untuk semua sekolah adalah RM1 billion, kerana kos bagi setiap sekolah kurang daripada nilai ambang FTA, perolehan ini tidak tertakluk FTA.
- Oleh itu, projek ini boleh dilaksanakan di kalangan kontraktor tempatan sahaja, dan tidak perlu dibuka kepada negara ahli FTA.
Untuk maklumat lanjut mengenai had nilai ambang perolehan di bawah FTA, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan PK 1.3 Bab Perolehan Kerajaan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas.
0 Comments